Tuesday, May 8, 2012

Kepada insan bergelar lelaki....♥♥♥


Kepada sesiapa yang bakal bergelar suami kepadaku dan bapa kepada anak-anakku,,,

Ingin daku pesan sesuatu dari  lubuk hatiku....
  • Jika daku telah menjadi milikmu, pastikan daku tidak hanyut dengan kemewahan dunia tp sentiasalah ingatkan daku dengan kemewahan di akhirat nanti.
  • Jika daku mudah melenting, nasihatilah daku dengan kelebihan menghormatimu, jangan sesekali dikau keluarkan kata-kata kesatmu atau keluar segala macam silatmu..
  • Jika daku sakit, tidak kupinta dikau menjagaku seperti seorang puteri, tetapi bantulah aku dengan perkara yang tidak mampu aku lakukan..
  • Jika daku menangis, jangan sesekali engkau ejek tangisan wanita kerana tangisan wanita terhadap insan yang disayangi tidak sama dengan tangisannya kepada rakan-rakannya..
  • Jika engkau tidak berpuas hati denganku, gunakanlah bahasa yang terbaik untuk menegurku dan jangan engkau memaksa daku untuk mengikut rentakmu jika daku tidak mampu..
  • Pimpinlah daku bersama-sama kamu jika kamu ingin aku menjadi insan yang baik budi seperti kamu….
Daku tidak mengharapkan yang tinggi akhlaknya kerana daku sedar daku ini hanya insan biasa…
Daku juga tidak mengharapkan yang kaya dengan harta dan pangkat tapi biarlah kaya dengan iman di dada…
Insya-allah daku akan cuba menjadi yang terbaik di sampingmu…
Semoga Allah menjagamu selalu walau di mana engkau berada….


*♥♥♥*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...