Monday, July 30, 2012

BEZA LELAKI & PEREMPUAN....♥♥♥



Perempuan...
senang dipujuk tapi susah memujuk,
senang moody tapi susah mengamuk,
senang jatuh hati tapi susah nak mencintai,
senang menangis tapi susah derita,
senang dimengerti tapi susah difahami.

Lelaki...
susah untuk difahami tapi senang memahami,
susah untuk menyayangi tapi mudah mencintai,
susah untuk memarahi tapi mudah menegur,
susah untuk setia tapi mudah bertahan,
susah untuk menangis tapi mudah tersentuh.

....yang sama hanya EGO...




*♥♥♥*




Sunday, July 29, 2012

Sunnah Vs Syiah......♥♥♥

Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka.

Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain2.
Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.

Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"

Ulama' Sunnah itu menjawab,"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!"
Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah s.a.w."

Ulama' Sunnah seraya berkata,"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, ...""dari mana datangnya agama kamu ??""

-Sheikh Ahmed Deedat-
Laknat ke atas Basyar dan sekutu.



c/p : Kami peminat UAI


*♥♥♥*



Monday, July 16, 2012

Kerana ISLAM...♥♥♥


*♥♥♥*


Hilang cinta di dunia.....♥♥♥


Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH,
Tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya
walaupun hatinya,
kerana ALLAH teramat mencintainya...


Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
Di mana ALLAH untuk menjaga kita?
ALLAH seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak
mengecewakan kita...


"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta
seorang lelaki,
bermakna ALLAh mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya.
Mengapa masih ragu-ragu?"


"Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari"
Hargailah di atas kesempatan yang ALLAH berikan...


"Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa
melakukannya"-Imam Al-Ghazali


Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa mendapat hidayah
dan petunjuk...


"Ketika musibah melanda.... Tak perlu menyalahkan sesiapa...
Tetapi muhasabah diri kita.... Apa yang telah aku lakukan...
Setiap apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini...
Akan mendapat ganjaran yang setimpal dengannya...
Semasa kita masih hidup di dunia lagi...."


"Mohon maaflah dengan orang yang menyakiti dirimu"
Sesungguhnya ALLAH melarang manusia memutuskan hubungan silaturrahim...
Antara ayat al-Quran yang melarang kita daripada memutuskan hubungan silaturrahim ialah:


"...Orang yang merosakkan janji ALLAH selepas diikrarkan dengan teguh, dan memutuskan apa-apa yang ALLAH perintahkan supaya dihubungkan, dan mengadakan kerosakan di bumi orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk..."(25; ar-Rad)


"...Maka apakah kiranya, jika kamu sekalian berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturrahim? Mereka itulah orang yang dilaknat ALLAH dan dipekakkan telinga mereka dan dibutakan penglihatan mereka..."(22,23;surah Muhammad)


FirmanNya lagi dalam surah an-Nisa ayat 1:
"...Dan bertakwalah kamu kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan namaNya dan peliharalah hubungan silaturrahim..."


"Semoga kita sama-sama bersyukur"
Wallahu'alam...


*♥♥♥*

Monday, July 9, 2012

SENI PERGAULAN SUAMI ISTERI CARA ISLAM....♥♥♥

7 Langkah 'Cakaran Harimau' dan 'Labah-Labah'

Langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

Langkah kedua pula ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti langkah ketiga dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau'

- menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk.

Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.

Langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

Selepas itu, bisikkan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu'

Apa yang menarik tip ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri tetapi juga oleh suami jika mereka mahu disayangi oleh isteri masing-masing.

Kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja.

Ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi.

Minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri.

Ramai yang tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran Allah ada menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik'.

Ini bermakna sentuhan dan belaian manja dan kasih sayang ternyata mampu merapatkan hubungan suami isteri kerana `a'syir,' (bergaul) di dalam ayat tersebut bermakna bersentuh-sentuhan.

Jadi kaedah urutan dan sentuhan seumpama itu amat baik untuk diamalkan.

Cuba bayangkan jika anak menangis diusap dan dibelai maka tangisan itu ia akan terhenti serta merta, apatah lagi pasangan suami isteri.

Urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri sebaliknya oleh suami sebagai menghargai pengorbanan isteri dan dengan itu terbentuklah slogan `rumahku syurgaku,' kerana masing-masing mendapat layanan terbaik.

Semoga rumahtangga anda menjadi lebih erat dan mesra berkat mengamalkan petua di atas...insyaAllah





*♥♥♥*
c/p

Sunday, July 1, 2012

Don't forget.....♥♥♥

If you have a good life...
Don't forget to say ALHAMDULILLAH,


If you have a problem,
Don't forget to say ALHAMDULILLAH,
Because HE wants to remind you of HIM...


If you received something from anybody...
Don't forget to say ALHAMDULILLAH,
Because there is still someone who always remember about you...


If you have a beautiful face...
Don't forget to say ALHAMDULILLAH,
Because you have different from others...


Have you say ALHAMDULILLAH today???
Then, lets say it...
ALHAMDULILLAH...



*♥♥♥*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...