Thursday, May 10, 2012

Isteri anda berleter???...♥♥♥

Bila isteri berleter ingatlah kisah ini:


Umar al-Khattab yang terkenal garangnya pun tak bersuara bila dileteri 


isterinya. Dia sekadar mendiamkan diri. =="


Seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk 


mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu 


rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut 


terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam 


sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil 


berkata sendiri:


“Jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum 


mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan 


tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas


memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. 


Berkata lelaki tersebut: “Wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu 


untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku 


terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul 


mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: “Wahai saudaraku, aku berdiam 


ketika isteriku meleteriku kerana

i) isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku,


ii) dialah yang memasakkan untukku,


iii) membuat roti untukku,


iv) membasuh segala bajuku dan


v) menyusukan kesemua anak-anakku,


Sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila 



aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku.


Berkata lelaki itu: 


“Begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “Ingatlah segala jasanya 


padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”.

P/s : Sedangkan Umar al-Khattab terkenal dengan sifat garangnya, 



sehinggakan iblis pun takut dgn beliau.. MasyaAllah..


Rasulullah saw bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya 


adalah yang paling baik akhlaknya; dan sebaik-baik kalian adalah yang paling


baik terhadap isterinya.” 


(Tirmidzi)


*♥♥♥*





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...