Thursday, March 13, 2014

Hati ini.... ♥♥♥

Mungkin suatu masa dahulu,
Aku pernah hormatkan engkau,
Tapi mungkin sekarang tidak lagi..

Ketahuilah wahai manusia,
Hati manusia ini berbolak-balik sifatnya..

Bukan setakat berkasih sayang,
Malah dalam hubungan persaudaraan..
Jagalah hubungan itu sebaiknya hingga berjaya membawa kita ke syurga.. 
*♥♥♥ *

Saturday, March 8, 2014

"Bertemu Berpisah kerana ALLAH"...... ♥♥♥


"Bertemu Berpisah kerana ALLAH"
Alangkah indah jika satu perhubungan itu disulami dengan nasihat dan semangat,
Alangkah indah jika satu perhubungan itu disertakan dengan doa untuk sahabat yang lain,
Alangkah indah jika satu perhubungan itu dicantikkan dengan kasih sayang yang sebenar-benarnya..

Harapanku dalam bersahabat,

Jika ada kesalahan yang aku lakukan,
Tegur daku dengan penuh keikhlasan,
Jika aku membantah dengan kata-kata kalian,
Maka nasihatilah aku dengan lebih mendalam..
Seperti mana Rasulullah berpesan kepada para sahabat dengan sabar..

Jika aku melakukan khianat kepada seseorang,

Tegurlah aku,
Kerana mungkin pada masa dan ketika itu,
Aku tengah runsing dan tidak tahu apa yang aku lakukan..
Bimbinglah aku kembali..

Jika aku menangis kerana sahabat yang lain,

Dengarlah tangisanku dengan setia dan terbaik..
Kerana aku bukan ingin memburuk-burukkan sahabat itu,
Tapi aku ingin menjaga hatiku yang mungkin telah koyak rabak ketika itu,

Aku juga seorang manusia biasa,

Aku memerlukan nasihat di kala aku alpa,
Aku memerlukan teguran di kala aku terleka,
Aku memerlukan kasih sayang sepertimana kamu juga,
Aku juga memerlukan simpati jika itu yang kamu rasakan perlu..

Tapi, ingatlah sahabat,

Jika aku cuba menjatuhkan orang lain untuk kebaikan diriku sendiri,
Marahilah aku, Tariklah aku kembali ke jalan kebenaran,
Jangan sesekali engkau tinggalkan aku tenggelam bergelumang dengan dosa,
Jangan sesekali engkau tinggalkan aku sendirian,
Jangan sesekali engkau lari jauh meninggalkanku..

Pautlah aku selagi engkau mampu,

Nasihatilah diriku selagi engkau mampu,
Ikatlah diriku dengan dirimu agar kebaikan sentiasa ada..

Jika aku terus hanyut dan hanyut,

Doakanlah aku agar aku kembali ke jalan kebenaran..

Itu pintaku sebagai seorang sahabat...

*♥♥♥*

Sunday, March 2, 2014

CONTOH YANG DIBERI OLEH IMAM GHAZALI TENTANG DUNIA.... ♥♥♥

Tentang seorang lelaki yang berjalan di hutan, ketika dia sedang berjalan, dia terlihat ada seekor singa sedang mengejar dia lalu dia berlari ke perigi kemudian dia melompat ke dalam perigi itu lalu dia yang terjatuh, dia sempat untuk memegang pada tali. dan dia menarik nafas lega dan memandang ke atas dia melihat singa yang masi
h berlegar di atasnya sambil menunggu dia dan dia melihat ke bawah lalu di bawahnya terdapat seekor ular besar dengan mulutnya terbuka menunggu dia jatuh.

dia hanya bergantung kepada tali dan dalam masa yang sama dia melihat tikus hitam dan satu tikus putih sedang mengigit tali tersebut. di atas adalah singa, di bawahnya adalah ular dan bergantung pada dia adalah tali...

kemudian dia melihat terdapat madu di situ lalu meletak jari ke dalam madu tersebut dan dia meletakkan jarinya yang mempunyai muda ke dalam mulutnya. Di sebabkan kemanisan madu itu membuatkan dia lupa singa, ular dan malahan lupa akan dua ekor tikus...

Imam Ghazali Rahimullah berkata :-

- Singa itu adalah kematian yang selalu mengejar kamu...

- Ular itu adalah kubur anda, di mana setiap orang akan jatuh ke dalamya dan jika dia seorang yang baik ia akan mendapat sebuah taman daripada syurga dan jika dia orang jahat ia akan mendapat satu lubang dari 'neraka' Jahannam...

- Tali merupakan umur hidupnya...

- Tikus hitam menandakan malam...

- Tikus putih menandakan hari...

- Madu adalah dunia yang di mana seseorang itu rasa kemanisan dunia sehinggakan dia lupa kematian, dia lupa kubur, dia lupa hari akan datang dia akan mati dan dia akan berdiri di hadapan pencipta...

WALLAHU'ALAM...




*♥♥♥*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...