Tuesday, November 26, 2013

CEMBURUILAH MEREKA...♥♥♥

Apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh,pangkat dan kuasa...
Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita ditinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang
yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...
dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi...
sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan
bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...
kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan
beribadat kepada Allah...

Tidak akan Allah ciptakan manusia...
sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia
ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT...

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain
lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah
besar,kereta besar...

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain
lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih
banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang
lain bangun di sepertiga malam...
solat tahajud dan bermunajat...

Kita cemburu apabila melihat orang lain menukar
kereta baru yang mewah...
tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang
boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia
akhir zaman....
apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya...
setiap kali menyambut hari jadi...
kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...
tetapi kita telah lupa..
dengan bertambahnya umur kita...
maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...
kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...
ke satu perjalanan yang jauh..
yang tidak akan kembali dan buat selama-lamanya.





















c/p
*♥♥♥*

Monday, November 11, 2013

BUKAN KERANA TAKUT KEPADA ISTERI...♥♥♥

(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MENGHARGAI MASAKAN ISTERINYA.

(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.


c/p

*♥♥♥*

Sunday, November 3, 2013

Hargai Pasangan Anda...♥♥♥

Suami sibuk dengan kerjanya.. Sedang wanita ini walaupun sudah menjadi isteri, dirinya sangat perlukan perhatian. Sehinggalah Allah uji menagih perhatian itu dengan kesetiaan.

ISTERI : Abangg, hari ni saya masak sedap, lauk asam pedas kegemaran abang!

SUAMI : Abang dah makan. 

ISTERI : Abangg, bawa saya pergi klinik yea esok, rasa nak demam..

SUAMI : Sikit je tu, makan je panadol. Kalau nak pergi, naik teksi. Abang kerja esok.

Hari semakin hari, banyak ditelan dengan sabar, dengan cinta menjalankan tanggungjawab setiap hari. Kemudian Allah uji... Tentang setia!

Hadir seorang lelaki yang ambil berat, selalu chat di FB, wassup, wechat, dan mula berkongsi masalah.. Hingga hadir perasaan.

"Sedangkan ada yang lebih menghargai aku..."

***** cerita atas adalah contoh suami yg kurang ambil hati isteri, jangan emo kata isteri curang. Point sebenar adalah di bawah ini :

BOLEH BERLAKU pada isteri, pada suami, dah kahwin, masa tunang dan masa hati mencintai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup, namun pastinya ALLAH akan uji dengan kesetiaan begini.

Tetapkanlah wahai hati, cintamu adalah tanggungjawab. Yakinlah, jika kita berjaya lawan ujian ini, mengadu pada Allah jika hati rasa sakit, Allah akan bantu kita.

WAHAI ORANG YANG DICINTAI!
Pasanganmu boleh sahaja pergi kepada ramai lagi yang inginkannya, tetapi dia masih mencintaimu. Janganlah kamu sakitkan hati dia, dirinya hanya ingin perhatian dan cintanya dibalas sepatutnya! dan itu adalah amanah untukmu membahagiakan orang yang mencintaimu.


Kredit: Aidil Sahipaludin


#Memang betul apa yang diperkatakan.. Hati manusia ni mudah berubah.. Jika kita sudah mendapat apa yang diinginkan.. Hargailah sebaiknya.. Jika ada yang lebih menghargai pasangan kita lebih daripada kita.. Jangan sesekali menyalahkan dirinya tetapi salahkan diri sendiri yang terlalu sibuk sehinggakan tidak sempat menghulurkan senyuman kepadanya.. 


Perhatian diperlukan di kala pasangan itu kesedihan..

Perhatian diperlukan di kala pasangan itu kesepian..
Perhatian diperlukan di kala pasangan itu sedang bergembira..
Perhatian diperlukan di kala pasangan itu merindui sifat pasangannya yang dahulu..

*Jangan tunggu sehingga si dia pergi meninggalkan kita barulah kita menangis tak berlagu..

Di saat itu mungkin dia telah bahagia dengan orang yang lebih menghargai dirinya..
Ketegasan dan keegoan seorang lelaki itu perlu ada, namun kurangkan sedikit untuk orang yang dicintai..
Kerana jangan sesekali lupa jasa yang telah dicurahkannya kepada kita..



*♥♥♥*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...