Thursday, December 27, 2012

RENUNGAN WANITA BERGELAR ISTERI...♥♥♥

Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...


*♥♥♥*

Wednesday, December 19, 2012

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN.....♥♥♥

A) Berpunca Daripada Jin

> Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
> Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
> Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
> Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
> Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
> Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia

> Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
> Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
> Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
> Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
> Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
> Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
> Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
> Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:

i) Terlalu marah.
ii) Terlalu takut.
iii) Nafsu syahawat yang tinggi.
iv) Manusia yang lalai.
v) Jahil

> Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
> Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.


*♥♥♥*

Monday, December 17, 2012

EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA.....♥♥♥

1) Ayahnya
Apabila seseorang yng bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2) Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3) Abg-abgnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4) Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.
Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita

*♥♥♥*

Tuesday, December 11, 2012

4 ISTERI??....♥♥♥

Seorang lelaki yang memiliki 4 orang istri:

Istri ke-1 : Tua dan hodoh, biasanya tidak diperhatikan.
Istri ke-2 : Agak cekap, agak diperhatikan.
Istri ke-3 : Lumayan cekap dan cukup diperhatikan.

Istri ke-4: Sangat cekap, sangat diperhatikan dan disanjung" serta diutamakan!

Waktu pun berlalu begitu cepat dan tibalah saat sang lelaki (suami) tersebut akan meninggal, lalu dipanggilah 4 orang istrinya...

Dipanggilah istri ke-4 yang paling cekap dan ditanya...
"Mahukah ikut menemaninya ke alam kubur?"
Si istri menjawab...
"Sorry, cukup sampai disini saja Saya ikut dengan mu..."

Saat dipanggil istri ke-3 dan ditanya hal yang sama, dia pun menjawab...
"Sorry, Saya hanya akan menghantarmu sampai di bilik mayat dan paling jauh sampai sembahyang mayat"

Kemudian dipanggil istri ke-2 dan ditanya hal yang sama...maka dia pun menjawab,
"Baik, saya akan menemanimu tapi hanya sampai ke liang kubur, setelah itu Good Bye."

Si Suami sungguh kecewa mendengar semua itu...tetapi inilah kehidupan dan menjelang kematian...

Lalu dipanggil lah istri ke-1 dan ditanya hal yang sama, si suami tak menyangka akan jawabannya...
"Saya akan menemani kemanapun kamu pergi dan akan selalu mendampingimu..."

~~~~~~~~~~~~~~

Mahu tau Apa dan Siapa istri ke-1 sampai ke-4 itu?

Istri ke-4 adalah "Harta dan Kekayaan".
Mereka akan meninggalkan jasad kita seketika saat kita meninggal.

Istri ke-3 adalah "Teman2" kita.
Mereka hanya akan menghantar jasad kita hanya sampai disaat dikafankan.

Istri ke-2 adalah "Keluarga". Saudara dan Teman Dekat kita.
Mereka akan menghantar kita sampai dikuburkan, dan akan meninggalkan kita setelah mayat kita dimasukkan dalam liang kubur dan ditutup dengan tanah.

Istri ke-1 adalah "Tindakan dan Perbuatan" kita selama hidup di dunia. Kerana apa yang ditabur orang, itu juga yang akan dituainya...

Berbuatlah banyak kebaikan selama kita masih hidup di dunia ini agar nantinya kita dapat memiliki bekal yang dapat dibawa apabila sudah waktunya nanti... o:)

*♥♥♥*
p/s: Semoga dapat dijadikan iktibar.. ^_^

Saturday, December 8, 2012

SILAPNYA SEORANG WANITA....♥♥♥

:}Bila dia percaya, maka dia TERLALU
PERCAYA...

:}Bila dia menyayangi, maka dia
MENYAYANGI SEPENUH
HATI...

:}Bila dia memberi, maka dia akan
BERIKAN SEGALA-
GALANYA.. -Kerana itulah, apabila
BERHADAPAN dengan SEORANG
LELAKI... wanita perlu BERHATI-HATI,
janji manis di bibir...
mungkin menjadi SEMBILU yang akan
MENGIRIS HATI
bertahun lamanya, impian dan harapan
indah itu...
mungkin menjadi SELUMBAR yang
MELUKAKAN...
makanya, SELAGI BELUM PASTI...
jangan memberi sepenuh hati, selagi
belum memiliki dan di miliki SECARA
HALAL dan
SAH... JANGAN MEMBERI segala-
galanya, bila kita mudah
memberi... maka kelak nanti kita akan
SANGAT SUKAR
MELEPAS

*♥♥♥*
c/p

Wednesday, December 5, 2012

DURIAN CREPE...♥♥♥


BAHAN-BAHANNYA :-

250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur
Isi durian

UNTUK FILLING:

1 cawan whipping cream (gunakan brand yg dekat gambar ni, sebab tak yah susah nak bubuh gula dah, sebab dia dah memang sedap). kalau brand lain, kena letakkan gula agar dia manis...

CARA-CARANYA (Mudah Ajer)

*♥♥♥*
c/p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...