Wednesday, October 31, 2012

Kesian Perempuan....♥♥♥

diam — dia lemah . 

lantang — nampak salah . 


mesra — dia gatal . 


pasif — dipijak-pijak . 

kahwin — bila beranak? . 

tak kahwin — pasti digelak . 

berhijab — dikata kolot, jahat, menunjuk² .

tak tutup — lagilah heboh . 


setia — dimadu laki . 

curang — dicanang keji . 

terlalu cinta — dimain²kan .

terlalu berjaga — dimarah²kan . 


menangis — rimas selalu . 

mata kering — dipanggil kepala batu . 


buat betul — pelbagai benda dipersoal . 


buat silap — sekampung berbual .


tp UNTUNG perempuan sebab setiap kali dilemparkan kejian & hinaan, SYURGA adalah tempatnya, 

cukup hanya menjadi SOLEHAH kerana ALLAH, patuh segala perintah Allah, insyallah dirinya 

sebaris dgn para bidadari & mungkin lebih atas lagi, dengan izin Allah di syurga kelak, insyaallah.


c/p PAKAR MOTIVASI

SEMOGA BERMANFAAT>>:)
*♥♥♥*



Thursday, October 18, 2012

Kisah Bau Kasturi dan Zina...♥♥♥

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah



Apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu.

Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah.

Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain:

“Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong.

Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang.

Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad, pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri.

Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri.

Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya.

Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya.

Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat.

Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.

Ia terus balik ke rumah membersihkan diri.

Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya.

Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf.

Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu.

Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..

Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya.

Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah.

Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya.

Itulah zina hati namanya. ^_^
Semoga dapat dijadikan teladan...

*♥♥♥*

Tuesday, October 16, 2012

Kalau bercinta....♥♥♥

Kalau bercinta ♥,
jangan berkepit macam belangkas ♥,
hantar surat berbelas-belas ♥,
SMS berbalas-balas ♥,
masa dating sebelah tandas ♥,
berpeluk-peluk dalam bas ♥,
asyik menjeling dalam kelas ♥,
minum air perghh kongsi segelas ♥

---> ..Bila ada konflik...<--- haa mula la nak frust ♥,
nak tunai solat pun malas ♥,
tak dapat tumpu study dalam kelas ♥,
waktu result nak keluar tahu pulak cemas ♥, takut ♥ exam tak pass ♥,
tup tup awek sendiri kena kebas ♥,
kesian.. melepas..

So ♥♥, jadilah couple yang ada class ♥,
berdating ikut lunas ♥,
bergaul ada batas ♥,
jaga maruah dengan tegas ♥,
syariah dijaga dengan jelas ♥,
tutur kata sentiasa beralas ♥,
kalaulah cinta yang dihulur ikhlas ♥,
janganlah bimbang ♥,
cintamu pasti berbalas ♥♥♥♥





*
♥*

Monday, October 15, 2012

Jangan sombong...♥♥♥


“DAN JANGANLAH ENGKAU BERJALAN DIBUMI INI DENGAN SOMBONG. KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU TIDAK AKAN DAPAT MENEMBUS BUMI DAN TIDAK AKAN MAMPU MENJULANG SETINGGI GUNUNG.”
(SURAH AL-ISRAK AYAT 37)


*♥♥♥*

Monday, October 1, 2012

Aku x kesah engkau bagaimana rupanya...♥♥♥

Walaupun hitam, cantik jge.. ♥
Walaupun double XL, cantik jge.. ♥
Igt org kurus je cantik! ♥
Igt org kulit cerah je cantik! ♥
Hati2 kulitnya cantik, dalamnya berulat, x de faedahnya di mata Allah.. ♥
Org b'taqwa tidak ada pura2 dah.. ♥
Baik dpn Tuhan, baik dpn ibu n ayah.. ♥
Baik dpn isteri dan baik juga dpn suami.. ♥
Baik juga dpn isteri dan suami org, tp bkn mahu dia utk jd psgn.. ♥
U know that 

God is always watching u.. ♥
X payah kene ada CCTV, bru nk jaga perilaku.. ♥
Oleh itu, bersihkan hati.. ♥
Hati yg bersih, pasti akan ikhlas.. ♥
Hati yg ikhlas pasti dibalas.. ♥

*♥♥♥*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...