Thursday, April 19, 2012

PETUA TIDUR NABI SAW.....♥♥♥

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa 



    Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.


2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur
    orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia 

    akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, 


    Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.




4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk
    menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira



    seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik 


    pelindung daripada sihir dan buatan orang.


6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang 


   sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.


8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan
     tapak tangan di bawah pipi.

 *♥♥♥*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...