Thursday, November 22, 2012

Masuk tandas pun berbayar?...♥♥♥

Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang hadas
kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam.

Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki
penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua,

bayarlah dulu sebelum masuk.”
Mendengarkan sapaan lelaki itu,

Air mata Ibrahim
bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua,
andai kata kamu tiada wang untuk dibayar,
masuklah secara percuma. Janganlah menangis
kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda,

aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi
aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar
untuk dimasuki,

Bagaimana pula dengan syurga
Allah?
Berapakah bayaran yang harus aku
sediakan untuk masuk ke dalamnya?"

# sedang tandas yg jijik , kita masuk berbayar..syurga kita masuk dengan 'free' .. Yg mana kita pilih? Tepuk dada tnya iman...

|Muhasabah. AllahuRabbi|
*♥♥♥*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...