Thursday, November 1, 2012

Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta...♥♥♥

Ukhti : Saya tidak layak untuk awak.
Akhi : Kenapa?
Ukhti : Awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya.
Akhi : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Ukhti : Awak pintar, awak ada banyak peminat.

Akhi : Peminat? Saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
Ukhti : Saya juga tidak dalam ilmu agama.
Akhi : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
Ukhti : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…
Akhi : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
Ukhti : Awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.
Akhi : Perbezaan membuat kita lengkap.
Ukhti : Awak terlalu sempurna.
Akhi : Belum. Akan sempurna jika awak ada.
Ukhti : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Akhi : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?
Ukhti : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta...

Semoga memberi manfaat..^_^
*♥♥♥*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...