Saturday, March 8, 2014

"Bertemu Berpisah kerana ALLAH"...... ♥♥♥


"Bertemu Berpisah kerana ALLAH"
Alangkah indah jika satu perhubungan itu disulami dengan nasihat dan semangat,
Alangkah indah jika satu perhubungan itu disertakan dengan doa untuk sahabat yang lain,
Alangkah indah jika satu perhubungan itu dicantikkan dengan kasih sayang yang sebenar-benarnya..

Harapanku dalam bersahabat,

Jika ada kesalahan yang aku lakukan,
Tegur daku dengan penuh keikhlasan,
Jika aku membantah dengan kata-kata kalian,
Maka nasihatilah aku dengan lebih mendalam..
Seperti mana Rasulullah berpesan kepada para sahabat dengan sabar..

Jika aku melakukan khianat kepada seseorang,

Tegurlah aku,
Kerana mungkin pada masa dan ketika itu,
Aku tengah runsing dan tidak tahu apa yang aku lakukan..
Bimbinglah aku kembali..

Jika aku menangis kerana sahabat yang lain,

Dengarlah tangisanku dengan setia dan terbaik..
Kerana aku bukan ingin memburuk-burukkan sahabat itu,
Tapi aku ingin menjaga hatiku yang mungkin telah koyak rabak ketika itu,

Aku juga seorang manusia biasa,

Aku memerlukan nasihat di kala aku alpa,
Aku memerlukan teguran di kala aku terleka,
Aku memerlukan kasih sayang sepertimana kamu juga,
Aku juga memerlukan simpati jika itu yang kamu rasakan perlu..

Tapi, ingatlah sahabat,

Jika aku cuba menjatuhkan orang lain untuk kebaikan diriku sendiri,
Marahilah aku, Tariklah aku kembali ke jalan kebenaran,
Jangan sesekali engkau tinggalkan aku tenggelam bergelumang dengan dosa,
Jangan sesekali engkau tinggalkan aku sendirian,
Jangan sesekali engkau lari jauh meninggalkanku..

Pautlah aku selagi engkau mampu,

Nasihatilah diriku selagi engkau mampu,
Ikatlah diriku dengan dirimu agar kebaikan sentiasa ada..

Jika aku terus hanyut dan hanyut,

Doakanlah aku agar aku kembali ke jalan kebenaran..

Itu pintaku sebagai seorang sahabat...

*♥♥♥*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...