Thursday, January 31, 2013

DUHAI KAUM ADAM....♥♥♥


Banyak persoalan yang diajukan kepada saya berkenaan persoalan ini.. 
Kadang-kadang saya x tau apa jwpn yg terbaik yg perlu diberikan..
Maafkan saya jika ada yang terasa...

Duhai kaum ADAM,
Jangan kamu dustakan cinta kamu dengan kata-kata manis,
Jangan kamu pergunakan seorang wanita untuk memenuhi nafsumu,
Jangan kamu mulakan sesuatu yang kamu tau akibatnya,
Jika kamu tidak dapat menghindari godaan dan tidak dapat menahan nafsumu,
Maka berpuasalah...
Jadilah insan yang terpuji...

"Wahai sekalian pemuda, sekiranya kamu berkemampuan, berkahwinlah dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah ia kerana dengan berpuasa dapat memelihara daripada kejahatan. – (Hadis Bukhari)

Duhai kaum ADAM,
Mengapa engkau memberi harapan kepada wanita itu sekiranya engkau 
sendiri masih belum bersedia,
Mengapa engkau mengambil semua yang dimiliki oleh wanita itu,
Adakah engkau sedar, engkau telah merosakkan keturunannya?
Adakah engkau sedar, engkau telah merosakkan nama baiknya?
Mengapa engkau cari yang lain ketika engkau hendak beristeri?

Dulu, engkau memujanya, 
Dulu, engkau menyanjungnya,
Dulu, engkau berjanji untuk setia selama-lamanya,
Dulu, engkau berjalan mcm belangkas ke mana-mana sahaja,
Dia juga telah berjanji untuk sehidup semati dengan kau,
Sehinggakan harga dirinya sendiri digadaikan untukmu.

Tapi, semudah itu engkau tinggalkannya,
Semudah itu engkau memungkiri janjimu,
Semudah itu engkau berlalu pergi,
Engkau menginginkan yang baik untuk anak-anakmu,
Engkau mencaci dia,
Engkau katakan padanya dia sudah kotor,
Tapi adakah engkau ingat bahawa engkau yang mengotori dia,
Adakah kau ingat engkau yang selalu berkepit dengannya?

Duhai Kaum ADAM,
Memang benar,
Jika hendak beristeri, carilah yang baik-baik,
Agar keturunanmu terpelihara..
Agar zuriatmu dapat menjadi orang yang soleh dan solehah,
Agar masing-masing saling mendoakan kebahagiaan keluarga,
Agar anak-anakmu selalu mendoakanmu ketika engkau sudah tiada nanti,
Agar engkau bahagia di dunia dan di akhirat.

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Oleh itu Duhai Kaum ADAM,
Bersabarlah sebelum masanya,
Terdapat kemanisan di sebalik kesabaran itu,
Peliharalah setiap wanita yang engkau kenali,
Semoga Allah pelihara jodoh engkau walau di mana dia berada,

Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik buatmu

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” - Surah Al-Baqarah ayat 216

*♥♥♥*
May Allah Bless You Always..
;) Love someone that can bring you straight to Jannah..
Insya-Allah masih ada..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...