Wednesday, December 19, 2012

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN.....♥♥♥

A) Berpunca Daripada Jin

> Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
> Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
> Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
> Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
> Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
> Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia

> Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
> Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
> Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
> Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
> Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
> Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
> Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
> Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:

i) Terlalu marah.
ii) Terlalu takut.
iii) Nafsu syahawat yang tinggi.
iv) Manusia yang lalai.
v) Jahil

> Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
> Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.


*♥♥♥*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...