Thursday, March 13, 2014

Hati ini.... ♥♥♥

Mungkin suatu masa dahulu,
Aku pernah hormatkan engkau,
Tapi mungkin sekarang tidak lagi..

Ketahuilah wahai manusia,
Hati manusia ini berbolak-balik sifatnya..

Bukan setakat berkasih sayang,
Malah dalam hubungan persaudaraan..
Jagalah hubungan itu sebaiknya hingga berjaya membawa kita ke syurga.. 
*♥♥♥ *

Saturday, March 8, 2014

"Bertemu Berpisah kerana ALLAH"...... ♥♥♥


"Bertemu Berpisah kerana ALLAH"
Alangkah indah jika satu perhubungan itu disulami dengan nasihat dan semangat,
Alangkah indah jika satu perhubungan itu disertakan dengan doa untuk sahabat yang lain,
Alangkah indah jika satu perhubungan itu dicantikkan dengan kasih sayang yang sebenar-benarnya..

Harapanku dalam bersahabat,

Jika ada kesalahan yang aku lakukan,
Tegur daku dengan penuh keikhlasan,
Jika aku membantah dengan kata-kata kalian,
Maka nasihatilah aku dengan lebih mendalam..
Seperti mana Rasulullah berpesan kepada para sahabat dengan sabar..

Jika aku melakukan khianat kepada seseorang,

Tegurlah aku,
Kerana mungkin pada masa dan ketika itu,
Aku tengah runsing dan tidak tahu apa yang aku lakukan..
Bimbinglah aku kembali..

Jika aku menangis kerana sahabat yang lain,

Dengarlah tangisanku dengan setia dan terbaik..
Kerana aku bukan ingin memburuk-burukkan sahabat itu,
Tapi aku ingin menjaga hatiku yang mungkin telah koyak rabak ketika itu,

Aku juga seorang manusia biasa,

Aku memerlukan nasihat di kala aku alpa,
Aku memerlukan teguran di kala aku terleka,
Aku memerlukan kasih sayang sepertimana kamu juga,
Aku juga memerlukan simpati jika itu yang kamu rasakan perlu..

Tapi, ingatlah sahabat,

Jika aku cuba menjatuhkan orang lain untuk kebaikan diriku sendiri,
Marahilah aku, Tariklah aku kembali ke jalan kebenaran,
Jangan sesekali engkau tinggalkan aku tenggelam bergelumang dengan dosa,
Jangan sesekali engkau tinggalkan aku sendirian,
Jangan sesekali engkau lari jauh meninggalkanku..

Pautlah aku selagi engkau mampu,

Nasihatilah diriku selagi engkau mampu,
Ikatlah diriku dengan dirimu agar kebaikan sentiasa ada..

Jika aku terus hanyut dan hanyut,

Doakanlah aku agar aku kembali ke jalan kebenaran..

Itu pintaku sebagai seorang sahabat...

*♥♥♥*

Sunday, March 2, 2014

CONTOH YANG DIBERI OLEH IMAM GHAZALI TENTANG DUNIA.... ♥♥♥

Tentang seorang lelaki yang berjalan di hutan, ketika dia sedang berjalan, dia terlihat ada seekor singa sedang mengejar dia lalu dia berlari ke perigi kemudian dia melompat ke dalam perigi itu lalu dia yang terjatuh, dia sempat untuk memegang pada tali. dan dia menarik nafas lega dan memandang ke atas dia melihat singa yang masi
h berlegar di atasnya sambil menunggu dia dan dia melihat ke bawah lalu di bawahnya terdapat seekor ular besar dengan mulutnya terbuka menunggu dia jatuh.

dia hanya bergantung kepada tali dan dalam masa yang sama dia melihat tikus hitam dan satu tikus putih sedang mengigit tali tersebut. di atas adalah singa, di bawahnya adalah ular dan bergantung pada dia adalah tali...

kemudian dia melihat terdapat madu di situ lalu meletak jari ke dalam madu tersebut dan dia meletakkan jarinya yang mempunyai muda ke dalam mulutnya. Di sebabkan kemanisan madu itu membuatkan dia lupa singa, ular dan malahan lupa akan dua ekor tikus...

Imam Ghazali Rahimullah berkata :-

- Singa itu adalah kematian yang selalu mengejar kamu...

- Ular itu adalah kubur anda, di mana setiap orang akan jatuh ke dalamya dan jika dia seorang yang baik ia akan mendapat sebuah taman daripada syurga dan jika dia orang jahat ia akan mendapat satu lubang dari 'neraka' Jahannam...

- Tali merupakan umur hidupnya...

- Tikus hitam menandakan malam...

- Tikus putih menandakan hari...

- Madu adalah dunia yang di mana seseorang itu rasa kemanisan dunia sehinggakan dia lupa kematian, dia lupa kubur, dia lupa hari akan datang dia akan mati dan dia akan berdiri di hadapan pencipta...

WALLAHU'ALAM...




*♥♥♥*

Friday, January 24, 2014

Kuatkanlah Imanku Duhai Tuhan Yang Maha Agung...♥♥♥

SemOga tak ku terasa cubaan yang ku galas ini :')

"Aku khuatir terhadap suatu masa 
yang rOdanya dapat menggilas keimanan,
Keyakinan dan pemikiran yang tak berbekas dalam perbuatan..

Banyak Orang baik tapi tak berakal,
ada Orang berakal tapi tak beriman,


Ada lidah fasih tapi berhati lalai,
Ada yang khusyuk namun sibuk dalam kesendiriannya,
Ada ahli ibadah tapi mewarisi kesOmbOngan iblis,
Ada ahli maksiat namun rendah hati bagai sufi,


Ada yang banyak tertawa hingga hatinya berkarat,
ada yang banyak menangis kerana kufur nikmat,


Ada yang murah senyum tapi hatinya mengumpat,
ada yang berhati tulus tapi wajahnya cemberut,


Ada yang berlisan bijak tapi tak memberi tauladan,
ada penzina yang tampil jadi pemimpin,


Ada Orang berilmu tapi tak faham,
ada yang faham tapi tak menjalankan,


Ada yang pintar tapi memb*dOhi,
ada yang bOd*h tak sedar dirinya b*dOh,


Ada Orang beragama tapi tak berakhlak,
ada yang berakhlak tapi tak bertuhan..


Lalu diantara semua itu dimana aku berada?"

(Imam Ali Bin Abi Thalib)

**Jaga Diri , Jaga Iman , Tutup Aurat**

c/p Ustaz Nasir



Ya Allah, jika aku lalai, ingatkan aku kembali,

semoga engkau sentiasa menyayangi dan mengasihiku dalam rahmatMU.. 
Aminn..
*♥♥♥*


Tuesday, January 21, 2014

Jaga Diri Sendiri Sebaiknya.....♥♥♥


Jangan pernah sangka kita yang terbaik,
Kerana ada yang lebih HEBAT..

Jangan sangka kitalah yang paling BERHARTA,
Kerana sudah pasti DIA yang MAHA KAYA..

Jangan pernah sangka kita yang paling cantik,
Kerana pasti ada yang lebih BERGEMERLAPAN KILAUANNYA..

Jangan sangka kitalah hero segalanya,
Kerana DIA yang MAHA KUASA..

Siapalah kita untuk BERBANGGA,
Semua itu KURNIAANYA..
Semua itu MILIKNYA..

Jangan lupa akan kuasanya,
Jika ditarik segala kemewahan yang kita ada..
Jika ditarik segala kecantikan yang kita miliki..
Mungkin pada saat itu, pada masa itu kita akan menyesal..
Namun, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..


"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya." (HR Muslim)

*♥♥♥*

Sunday, December 29, 2013

Diriku Bukan Siapa-Siapa...♥♥♥

Aku bimbang adakah amalanku selama ini cukup untuk aku melangkah masuk ke syurgaMu,
Aku bimbang jika doaku padaMu dihalang oleh pintu-pintu langitMu disebabkan dosa yang aku lakukan,
Aku bimbang kerana sedikit ketidakikhlasanku menyebabkan aku masuk tidak dapat mencium bau syurgaMU,
Aku bimbang jika segala kebaikan yang aku lakukan tidak diterima olehMu,
&
Aku juga bimbang jika taubatku tidak diterima olehMu..

Ya ALLAH,
Engkau Ampunkanlah segala dosa-dosaku,
Dosa-dosa kecilku serta dosa-dosa besarku,

Ya ALLAH,
Kau Ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapaku,
Sesungguhnya aku sayangkan mereka Ya ALLAH,
Berikanlah kebahagiaan di dunia & akhirat kepada mereka,
Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku semenjak aku kecil Ya ALLAH..

Aku sememangnya banyak melakukan dosa terhadapMU,
Mungkin kadang-kadang aku terlalai,
Mungkin kadang-kadang aku terleka,
Mungkin kadang-kadang aku alpa,
Mungkin juga kadang-kadang aku ingin mencuba..

Oleh itu, Ya ALLAH,

Kau hadirkanlah insan dan rakan-rakan,
Yang sentiasa mengingatkanku tentangMU,
Yang sentiasa menegurku ke arah kebaikan,
Yang sentiasa sama-sama berpengangan erat tanganku untuk ke JANNAHMU..

Ya ALLAH,
Kurniakanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Semoga aku diberi syafaatnya pada hari akhirat kelak..
Amin Ya Rabbal A'lamin..

♥#Catitan Ahad, 29 Disember 2013, 9.00 malam♥
*♥♥♥*




Friday, December 6, 2013

4 Perkara Menutup Aurat....♥♥♥


1) Menutup aurat dengan sempurna.. An-Nur;31(Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka....)

2)Merendahkan pandangan

3)Berhati-hati dalam menjaga langkah dan pertuturan

4)Menjauhi perkara yang menarik perhatian lelaki

~Ustazah Dr Nik Salida
#PesananUntukDiriSendiri
Semoga Bermanfaat


*♥♥♥*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...